Make your own free website on Tripod.com

               

MEMUPUK  PEMAKANAN                                        YANG  SIHAT

 

    

                     Amalan Pemakanan 

                  makan secara sihat

               

                   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Amalan Pemakanan Boleh Dipupuk Di Rumah

            Rumah merupakan tempat yang paling baik untuk memupuk amalan secara sihat. Setiap ahli keluarga perlu saling bantu membantu dalam memberi kesedaran tentang kebaikan amalan makan secara sihat. Sikap ibu bapa terhadap pengambilan makanan adalah pengaruh yang penting dalam membentuk tabiat dan pilihan makanan anak-anak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perkara yang dapat dilakukan untuk menyemai amalan makan secara sihat:

  1. Mulakan hari anda dengan bersarapan pagi. Ia membekalkan tenaga dan khasiat untuk waktu pagi yang produktif di tempat kerja, sekolah atau tempat bermain.
  2. Makan pada waktu yang ditatapkan.
  3. Amalkan makan di meja atau di tampat yang dikhaskan.
  4. Minum susu,jus buah-buahan atau air kosong.
  5. Makan makanan segera sekali sekala.
  6. Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut dan snek. Ini kerana ianya kaya dengan vitamin,garm galian dan serat.