Make your own free website on Tripod.com

             MENYEDIAKAN  MAKANAN

             

                     KHASIAT DAN SEIMBANG         

                 MAKANAN SECARA BERSIH

              MENGELAK PENCEMARAN     

            DIBAWAH PETI SEJUK

                                                                                              

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                    

 

 

 

 

 

 

 

PANDUAN MENYEDIAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG
  1. Sediakan pelbagai jenis makanan dalam setiap hidangan.
  2. Utamakan makanan yang kaya dengan karbohidrat sebagai sumber tenaga seperti nasi, roti,mee dan ubi.
  3. Pentingkan makanan yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  4. Memilih buah-buahan yang segar dan berwarna serta sayur-sayuran berdaun hijau yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.
  5. Pilih yang kaya dengan kalsium contohnya susu, keju, dadih.
  6. Pilih yang membekalkan protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang.
  7. Kurangkan pengunaan lemak, minyak, santan dan gula dalam masakan. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, minyak, gula dan garam seperti snek dan makanan segera.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

 

 

 

 

 

 

PANDUAN MENYEDIA DAN MENGHIDANG MAKANAN SECARA BERSIH
  1. Basuh tangan dengan sabun setiap kali sebelum menyediakan makanan.
  2. Amalkan kebersihan diri yang bersih.
  3. Jangan bersin atau batuk ke dalam makanan.
  4. Sentiasa menggunakan tuala yang bersih. Gunakan tuala yang berasingan untuk mengelap pinggan mangkuk, mengelap tangan atau mengelap meja bagi mengelakkan pencemaran silang.
  5. Cuci peralatan memasak dengan bersih.
  6. Pastikan dapur dan singki bersih dan kering.
  7. Pastikan peralatan menghidang seperti pinggan, mangkuk, sudu, garpu dan gelas bersih sebelum digunakan.
  8. Tudung dan simpan semua makanan yang dimasak dengan sempurna.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PANDUAN MENYIMPAN MAKANAN BAGI MENGELAKKAN  PENCEMARAN

 

PENGENALAN

            Kebersihan tempat menyimpan makanan adalah sangat penting . Almari tempat menyimpan makanan hendaklah sentiasa ditutup dengan rapat bagi mengelakkan daripada dimasuki tikus dan serangga seperti lalat dan lipas. Almari perlu mempunyai pengudaraan yang cukup untuk menyahkan haba yang berlebihan dan berbau.Cara penyimpanan makanan yang betil dapat mengurangkan kerosakan , pencemaran dan pembaziran bahan-bahan makanan.

 

Makanan perlu disimpan pada suhu yang betul bagi menjaga mutu dan khasiatnya. Makanan yang telah dimasak hendaklah dimakan secepat mungkin.

Bahagian bawah peti sejuk sangat sesuai untuk menyimpan makanan yang mudah rosak yang tidak perlu dibekukan . Suhu perlu dikekalkan pada  empat darjah celcius atau kurangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PANDUAN UNTUK MENYIMPAN MAKANAN DIBAWAH PETI SEJUK

  1. Letakkan makanan yang disediakan di dalam bekas yang cetek untuk menyejukkannya.
  2. Jarakkan bekas-bekas di dalam peti supaya pengudaraan sejuk lebih sempurna.
  3. Tutup semua makanan untuk mengelakkan pencemaran daripada makanan lain.
  4. Pastikkan tumpahan susu atau krim dilapkan dengan kain bersih seberapa segera.
  5. Peti sejuk perlu dibersihkan dan diselenggaraan supaya dapat berfungsi dengan baik.