Make your own free website on Tripod.com

                                               RESEPI

            MINUMAN 

                        Jus Nenas Tembikai

                        JUS KELAPA MADU

                 JUS TROPIKA           

   

 SAYURAN

          SAYUR LEMAK  

       BAYAM CAMPURAN

 

 

            AYAM

                TOM YAM AYAM

                     AYAM MASAK MERAH

 

 

          

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

         

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                       Jus Nenas Tembikai

        Bahan-bahan:                    

 
1 biji nenas cukup masak
 1 biji tembikai                                       
  2 biji limau nipis                                      
11/2 cawan air masak                                                                              

        Cara penyediaan:

Isikan tembikai dan nenas dikisar bersama air masak selama 1 1/2 minit.
Tapiskan sebahagian daripada jus untuk diambil airnya manakala selebihnya tidak perlu ditapis.
Limau nipis dipotong 2 dan diperah untuk diambil airnya.
Masukkan ketulan ais.

                        

 

 

 

 

 

 

JUS KELAPA MADU

        Bahan-bahan:

1 biji isi kelapa muda (tidak terlalu lembut atau keras)
2 cawan air kelapa muda.
1 sudu makan susu sejat.
2 sudu makan madu.
Ketulan ais secukupnya.

 

        Cara penyediaan:

Kisar isi kelapa, air kelapa, susu sejat dan madu selama 2 minit.
Masukkan ketulan ais.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JUS TROPIKA

        Bahan-bahan:

1 biji nenas cukup masak
2 biji oren
1 biji betik cukup masak
50 gram gula dalam 1 1/4ml air
1 1/2 cawan air masak

        Cara penyediaan:

Semua buah dikupas, dicincang dan dikisar bersama air masak dan air gula selama 1 minit.
Tapiskan sebahagian daripada jus untuk diambil airnya manakala selebihnya tidak perlu ditapis untuk mendapatkan sedikit isi buah-buahan yang dikisar.
Masukkan ketulan ais.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SAYURAN

 

        SAYUR LEMAK

              Bahan-bahan:           

4 cawan cekur manis (daun sahaja), bayam,pucuk-pucuk labu.
4 biji tomato, dipotong 4.
1 cawan susu rendah lemak.
1 sudu makan minyak sayuran.
1 cawan air.
1 1/2 biji asam limau.
Garam secukup rasa.

            Bahan untuk tumis:

1 sudu minyak sayuran.
2 ulas bawang putih.
1 biji bawang besar.
3 biji cilimerah., dihiris.
1 batang serai, ditumbuk kasar.
1 sm lengkuas, ditumbuk kasar.
1 sudu teh serbuk kunyit.

            Cara memasak:

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan hingga berwarna keemasan dan berbau wangi.
Rendahkan api.
Masukkan air dan kuatkan api, biarkan mendidih.
Masukkan sayur dan masak.
Tutup periuk 10 minit .Kurangkan api kemudian masuk tomato.
Gaul
Masukkan susu, gaul selama 2-3 minit.
Padamkan api.
Campurkan air asam limau sebelum dihidangkan.

 

 

       BAYAM CAMPURAN

        Bahan-bahan:

2/3 cawan dal.Bersihkan, rendam 1-2 jam. Tuangkan air 2 cawan.
300 g sayur bayam,dicuci dan dipotong kecil bersama batang.
2 biji tomato, dipotong kecil
3 biji cili hijau
5 ulas bawang putih, ditumbuk kasar.
8 biji bawang merah, dipotong kecil.
1 sudu makan, halia, dihiris kecil.
1 atau 2 sudu teh serbuk ketumbar atau serbuk kari.
2 sudu teh jintan putih.
1/2 sudu teh serbuk kunyit.
1 sudu makan asam jawa.
1 sudu makan minyak sayuran
3 batang daun ketumbar, dipotong kecil
Garam secukup rasa

        Cara memasak:

Rebuskan dal bersama air, cili hijau, bawang merah, bawang putih dan halia.
Tambah 1 sudu teh minyak.
Masak dal sehingga hampir empuk.
Campurkan sayur bayam.Biarkan masak selama 15 minit.
Campurkan tomato, rempah-rempah dan air asam jawa.
Campurkan garam, kacau dan lecek dan dal dengan serbuk menjadi seperti bubur.
Tambahkan daun ketumbar.

 

 

AYAM

 

        TOM YAM AYAM

        Bahan-bahan:

Daun saderi
Bunga kobis
4 biji tomato potong kecil
Lobak merah
3 helai daun limau purut
Limau kasturi
bawang besar
3 cawan air
Garam
3 batang serai
lengkuas
cili api

        Cara memasak:

Rebus ayam di dalam 3 cawan air
Masuk serai, lengkuas, cili api,bawang besar dan cili masak
Apabila mendidih masuk lobak merah, bunga kobis dan celery
Masuk air limau kasturi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

        AYAM MASAK MERAH

        Bahan-bahan:

5 ketul ayam, dibuang kulit dan lemak, dijemur dengan 1/2 sudu teh garam dan kunyit.
1/2 botol saiz sederhana sos tomato.
3/4 cawan air.
1 sudu makan minyak sayuran.
2 ulas bawang besar
1 biji bawang besar.
10 biji cili kering, dikisar.
2 sm halia.
2 ulas bawang putih.

        Bahan hiasan:

2 biji bawang besar.
1 biji cili lobak merah.
1/2 cawan kacang peas.

        Cara memasak:

Bakar ayam sehingga separuh masak.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris sehingga warna keemasan.
Masukkan cili dan tumis sehingga harum.
Masukkan halia dan bawang putih yang telah dikisar.
Masukkkan air dan sos tomato.
Masukkan ayam yang telah dibakar, gaul sehingga rata.
Bila masak, hias dan hidangkan.

 

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DOWNLOAD RESEPI

LINK LAIN

1

2

3